Selasa, 23 Mac 2010

Tawaran Pengajian

Borang permohonan untuk menyambung pelajaran ke Institut Agama Islam Negeri Ar Raniry Banda Aceh dan Kolej Tinggi Al Quran Yaman sudah di buka kepada para pelajar lepasan SPM dan Khatam 30 juzuk. Sila dapatkan borang di MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah sekarang. Tarikh tutup permohonan 30 March 2010

Selasa, 2 Mac 2010

Ucapan Penghargaan

Sekalung Penghargaan kepada Nursalam bin Abdul Halil dan Abdul Ghafur Bin Mohammed Kahar ( Pelajar Lepasan MTQ ADDIN 2007) yang kini sedang melanjutkan pengajian di IAIN ar-Raniry Banda Acheh Indonesia di atas kesudian berkhidmat sebagai Guru di MTQ ADDIN Malim Nawar selama sebulan sempena kepulangan mereka ke tanah air kerana cuti semester. Kini mereka telah kembali ke kampus untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu pengetahuan.Seluruh warga MTQ ADDIN Malim Nawar guru-guru. kakitangan serta pelajar-pelajar mendoakan kejayaan mereka.
Untuk makluman mereka telah menubuhkan kumpulan nasyid di IAIN Ar Raniry dengan dianggotai pelajar Malaysia dan Indonesia dan kerap diundang untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian. Kumpulan mereka di beri nama In Soff dan anda boleh menikmati alunan nasyid mereka di laman youtube. Klik [ disini]




KEM KEPIMPINAN HUFFAZ 2010

 Muqaddimah :


Generasi Huffaz yang mempunyai jatidiri dan dihiasi dengan akhlak yang mulia dan berketrampilan dalam memimpin samada dalam kalangan pelajar ataupun masyarakat di luar merupakan harapan masyarakat dan juga ummah.

Lantaran itu Jawatankuasa Penyelaras Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN merangka satu program kepimpinan kepada para huffaz di Madrasah-madrasah Tahfiz seluruh Negeri Perak

Mudah-mudahan program yang menggabungkan pengisian dari segi kepimpinan dan thaqafah ini mampu memberi kesedaran dan sekaligus membentuk generasi pimpinan huffaz yang berketrampilan dari pelbagai sudut.

Justeru itu, sokongan daripada pelbagai pihak amat di perlukan bagi menjayakan program ini.

 
MAKLUMAT © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates