Ahad, 23 Mei 2010

PROGAM IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA

Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Masjid Subang Airport menganjurkan Program Ibadah Qurban,Aqiqah dan Sumbangan Kepada Fakir dan Miskin di Kemboja. Justeru kami mempelawa Tuan / Puan /Muslimin dan Muslimat untuk mengertikan ibadah tersebut.  Lajnah Kebajikan Masjid Subang Airport yang telah melaksanakan program tersebut Tahun ke 5 pada 2009.
Satu Bahagian ( Lembu ) RM 250.00 Dan Satu Ekor Kambing RM 450.00.
Kepada yang berminat boleh download borang dan pamplet melalui laman ini atau  menghubungi Pejabat Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar (054773473) atau Pengetua Ust Sofian Bin Haji Rejab 0195739686.
Sumbanglah kepada yang benar-benar memerlukan
Borang menyertai Program Ibadah qurban, Aqiqah, Nazar serta Sumbangan Fakir Dan Miskin di Kemboja.

Jumaat, 21 Mei 2010

SUKAN SMAR 2010

Sukan Sekolah Menengah Agama Rakyat 2010 telah berlangsung dengan jayanya sebagaimana yang di rancang.MTQ ADDIN Malim Nawar serta MTQ ADDIN Padang Rengas dan Parit ( Perempuan) tidak terkecuali dari menghantar kontigen ke sukan berkenaan.
MTQ ADDIN Malim Nawar telah berjaya di tempat pertama dalam acara futsal dan pin pong ( Lelaki).
Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam sukan berkenaan.[klik]
Berikut di senaraikan nama-nama atlit yang telah menyertai sukan  SMAR 2010.

 
MAKLUMAT © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates