Selasa, 27 Julai 2010

RAYUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM,

Kepada :

    Yang Berbahagia
    Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/
Dato’/Datin/Tuan/ Puan

السلام عليكم

RAYUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM, SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H /2010M

Dengan hormat dan takzimnya perkara di atas adalah di rujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan merayu sumbangan infaq Ramadhan serta derma daripada Yang berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/ Dato’/Datin/Tuan/ Puan untuk mengisi Tabung Kewangan yang di sediakan bagi membantu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Pendidikan Hafazan Al-Quran di Maahad ini.

Khamis, 1 Julai 2010

PROGRAM KHATAM QURAN DAN TAHLIL SEMPENA RAMADHAN

                                                                                                Ustaz Mohd Sofian B Rejab
                                                                                                D / A Maahad Tahfiz Al-Quran
                                                                                                Wal Qiraat ADDIN
                                                                                                Kg Tualang Sekah,
                                                                                                31700 Malim Nawar,
                                                                                                Perak Darul Ridzuan
                                                                                                Tel : 019-5739686
                                                                                                01 Julai 2010


Tuan / Puan ,

PERKARA : PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL SEMPENA RAMADHAN 1431H /2010 M

Sukacita dimaklumkan kepada muslimin dan muslimat buat ke sekian kalinya pihak kami menawarkan untuk mengadakan program tersebut.


Ahad, 23 Mei 2010

PROGAM IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA

Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Masjid Subang Airport menganjurkan Program Ibadah Qurban,Aqiqah dan Sumbangan Kepada Fakir dan Miskin di Kemboja. Justeru kami mempelawa Tuan / Puan /Muslimin dan Muslimat untuk mengertikan ibadah tersebut.  Lajnah Kebajikan Masjid Subang Airport yang telah melaksanakan program tersebut Tahun ke 5 pada 2009.
Satu Bahagian ( Lembu ) RM 250.00 Dan Satu Ekor Kambing RM 450.00.
Kepada yang berminat boleh download borang dan pamplet melalui laman ini atau  menghubungi Pejabat Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar (054773473) atau Pengetua Ust Sofian Bin Haji Rejab 0195739686.
Sumbanglah kepada yang benar-benar memerlukan
Borang menyertai Program Ibadah qurban, Aqiqah, Nazar serta Sumbangan Fakir Dan Miskin di Kemboja.

Jumaat, 21 Mei 2010

SUKAN SMAR 2010

Sukan Sekolah Menengah Agama Rakyat 2010 telah berlangsung dengan jayanya sebagaimana yang di rancang.MTQ ADDIN Malim Nawar serta MTQ ADDIN Padang Rengas dan Parit ( Perempuan) tidak terkecuali dari menghantar kontigen ke sukan berkenaan.
MTQ ADDIN Malim Nawar telah berjaya di tempat pertama dalam acara futsal dan pin pong ( Lelaki).
Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam sukan berkenaan.[klik]
Berikut di senaraikan nama-nama atlit yang telah menyertai sukan  SMAR 2010.

Jumaat, 16 April 2010

Rawatan Gigi

12 April 2010 : seramai 150 orang pelajar, 15 Orang tenaga pengajar dan 4 orang staf sokongan telah menjalani rawatan pergigian di Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Malim Nawar. Pegawai Pergigian yang telah di tugaskan merawat adalah dari klinik pergigian Gopeng. Pihak MTQ ADDIN merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan yang telah di berikan.



Isnin, 5 April 2010

FORUM PERDANA

           Tarikh           : 23 April 2010
           Hari              : Jumaat
           Masa            : Lepas Solat Isya'
           Tempat         : Maahad Tahfiz Al Quran ADDIN Malim Nawar
           Tajuk            : Islam Sebagai Satu Cara Hidup ( Way Of Life)
           Moderator    : Tuan Haji Borhanuddin Bin Ahmad 
           Panel Forum : Ustaz Ann Wan Seng
                                 Ustaz Dr Zulkifli B Mohamad Al Bakri
         Anjuran          : Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN dengan kerjasama Persatuan Kebajikan  
                                 Orang-Orang Islam Kampar

MUSLIMIN / MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
Datanglah Beramai-ramai. 


Ustaz Ann Wan Seng adalah anak kelahiran Klang, Selangor.Beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Putra, Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.




Sukan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak 2010

Majlis Pengetua-Pengetua SMAR Negeri Perak akan menganjurkan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak bagi Tahun 2010.
Sukan ini bertujuan merapatkan silaturrahim melalui aktiviti-aktiviti kesukanan disamping menguji keupayaan fizikal para pelajar SMAR Negeri Perak ini.
Program tersebut akan diadakan pada :

          Tarikh                         : 8 Mei 2010
          Tempat                       : SMA Maahad Al -Islah Sungai Lampam Teluk Intan
          Acara Di Pertanding    : i. Futsal                           iii. Bola Tampar ( Lelaki dan Perempuan )
                                              ii. Bola Jaring                   iv. Ping Pong ( Lelaki dan Perempuan )

 
MAKLUMAT © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates