Selasa, 27 Julai 2010

RAYUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM,

Kepada :

    Yang Berbahagia
    Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/
Dato’/Datin/Tuan/ Puan

السلام عليكم

RAYUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM, SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H /2010M

Dengan hormat dan takzimnya perkara di atas adalah di rujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan merayu sumbangan infaq Ramadhan serta derma daripada Yang berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/ Dato’/Datin/Tuan/ Puan untuk mengisi Tabung Kewangan yang di sediakan bagi membantu pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Pendidikan Hafazan Al-Quran di Maahad ini.



3.    Sumbangan derma yang terkumpul akan di gunakan bagi menampung sebahagian daripada aktiviti sepanjang Ramadhan serta belanja mengurus sekolah ini yang memerlukan jumlah yang besar. Sumbangan amat bermakna buat kami bagi meneruskan cita-cita melahirkan cendekiawan Hafiz al-Quran

4.    Untuk makluman, pihak kami menerima apa sahaja jenis sumbangan samada yang berbentuk wang, beras, gula, mengadakan jamuan moreh,dan lain-lain. Dengan harapan yang tinggi, sudi kiranya Yang Berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/ Puan memenuhi rayuan ini.

5.    Semoga sumbangan tersebut akan dibalas sebaik-baiknya oleh ALLAH SWT sepertimana mafhum Al-Quran ”Sebenarnya orang lelaki yang bersedeqah dan orang-orang perempuan yang bersedeqah serta mereka memberikan pinjaman yang baik ( ikhlas) akan di gandakan balasannya ( dengan berganda-ganda banyaknya) dan selain itu mereka akan beroleh pahala yang mulia” ( Surah al-Hadid : 18)

"   مَا نََقََصَ  مَالٌ   مِنَ   الصَّدَقََََة    "    ( الحديث الشريف)
“Tidak Berkurang harta daripada bersedekah”

Sekian, terima kasih.

SATU KELUARGA SEORANG HAFIZ

Saudaramu dalam Islam

………………………………................
[USTAZ SOFIAN B REJAB]
              Pengetua

___________________________________________________________________________________

                                                               BORANG PENYERTAAN

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH


Kepada :

    Pengetua,
    Maahad Tahfiz Wal Qiraat ADDIN,
    Kampung Tualang Sekah,
    31700 Malim Nawar,
    Perak Darul Ridzuan


RAYUAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM
MTQ ADDIN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H / 2010 M

Rujukan : : MTQ-03. KEWD.R./01/10 bertarikh 15 Sya’ban 1431H / 27 Julai 2010 M ada kaitan.

2.    Dengan ini saya / pihak kami menyumbangkan

2.1    : Wang sebanyak : RM ..............................
2.2    : Jamuan Moreh berbuka puasa pelajar ( Anggaran RM 350 )

Sekian.

    Tandatangan        : ....................................
    Nama            : .................................................................................
    Alamat        : .................................................................................
                  .................................................................................
                   .................................................................................

1 )     Sumbangan derma berbentuk Cek / Wang Pos / Kiriman Wang
hendaklah atas nama :

MTQ ADDIN KG TUALANG SEKAH

2 )     Atau terus melalui akaun bank .
    2.1    :    Bank        : Maybank
Nama Akaun : MTQ ADDIN KG TUALANG SEKAH
            No Akaun    : 558042600211

    2.2    :     Bank         : Bank Islam Malaysia Berhad
            Nama Akaun : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN
            No Akaun    : 08-013-01-0018415

0 ulasan:

 
MAKLUMAT © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates