Selasa, 2 Mac 2010

KEM KEPIMPINAN HUFFAZ 2010

 Muqaddimah :


Generasi Huffaz yang mempunyai jatidiri dan dihiasi dengan akhlak yang mulia dan berketrampilan dalam memimpin samada dalam kalangan pelajar ataupun masyarakat di luar merupakan harapan masyarakat dan juga ummah.

Lantaran itu Jawatankuasa Penyelaras Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN merangka satu program kepimpinan kepada para huffaz di Madrasah-madrasah Tahfiz seluruh Negeri Perak

Mudah-mudahan program yang menggabungkan pengisian dari segi kepimpinan dan thaqafah ini mampu memberi kesedaran dan sekaligus membentuk generasi pimpinan huffaz yang berketrampilan dari pelbagai sudut.

Justeru itu, sokongan daripada pelbagai pihak amat di perlukan bagi menjayakan program ini.

 
Objektif Program:
1.     Mendedahkan para peserta kepada asas-asas kepimpinan diri dari  pelbagai peringkat dan  membina     ketrampilan dalam segala aspek kehidupan

2.     Melahirkan Huffaz al-Quran yang cemerlang dari sudut akademik dan syahsiah

3.     Memupuk semangat ukhwah Islamiyah dalam diri setiap peserta

4.     Memupuk semangat kerja berpasukan diantara peserta

5.     Memberi kesedaran kepada peserta tentang potensi diri dan membaiki kelemahan yang ada

Nama Program            : Kem Kepimpinan Huffaz 2010
Tema                         : Wehdatul Fikri Asas Ummah Berkualiti
Penganjur                   : Jawatankuasa Penyelaras Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN
                                     Kampung Tualang Sekah Malim Nawar Perak Darul Ridzuan
Tarikh dan Hari           : 13 Mac - 15 Mac 2010 ( Sabtu - Isnin )
Tempat                      :  Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN Malim Nawar Dan
                                     Pusat Rekreasi Gua Tempurung Gopeng Perak
Sasaran                      : - 10 Orang pelajar dari setiap Madrasah Tahfiz
                                  - 16 Madrasah Tahfiz yang berdaftar dengan Jaipk

Penutup : 

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya sebagimana yang di rancangkan dan dapat mencungkil kemahiran serta kebolehan pimpinan huffaz yang menyertai program ini.
Semoga barisan pimpinan huffaz ini bakal membantu pihak madrasah tahfiz masing-masing dalam mewujudkan barisan kepimpinan pelajar dalam pelbagai peringkat dan organisasi sekolah

Sekalung penghargaan kepada pihak Yayasan Perak yang menyumbang ke arah perlaksanaan dan kelancaran program ini.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini para huffaz dapat mempraktikkan apa yang telah di hafal dengan menjadi pemimpin yang baik dan memikul amanah yang telah di taklifkan dengan sebaik mungkin seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Azza Wa Jalla.

Senarai Ahli Jawatankuasa Program

Pengarah Program                                       : Mohd Sabri Bin Nordin
Timb Pengarah                                            : Mohd Sofian Bin Rejab
Setiausaha                                                   : Musrahimie Bin Mohd Suhaimin
Pen Setiausaha                                             : Zaidul Kadri Bin Kamarul Hailan
Bendahari                                                    : Ahmad Ayatulrab Bin Ahmad Rosti
Ketua JK Disiplin dan Riadah                        : Tadri Bin Mazir
Ketua JK Perhubungan dan Tajaan               : Mohd Nasir Bin Hassan
Ketua JK Persiapan Tempat dan Teknikal     : Khairul Amri Bin Khalid
Ketua JK Alatan Siaraya                               : Rosdan Bin Mohamed
Ketua JK Makanan Dan Minuman                  : Hamirul Bin Abdullah
Ketua JK Tugas-Tugas Khas                          : Badri Bin Ismail

0 ulasan:

 
MAKLUMAT © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates